BERSAMA KITA BANTU BINA MASJID AL-ABIDIN : PUSAT IBADAH, ILMU DAN KEMASYARAKATAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG! 

Bagaimanakah keadaan Masjid Al-Abidin sekarang?

"Pembinaan tertangguh kerana kekurangan dana. Walaupun pembinaan struktur luar telah berjaya dilaksanakan, namun pembinaan bahagian dalam pula tergendala kerana kos barang yang sudah semakin meningkat dan dana yang masih tidak cukup."


Alhamdulillah, berkat sumbangan pihak terdahulu, pembinaan sudah melebihi 70% kadar kesempurnaannya. Setelah fasa-fasa ini, hanya tinggal satu fasa lagi sebelum masjid dapat dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat.

Fasa 1 : Pembinaan Asas
Fasa 2 : Fasiliti Tandas dan Tempat Wuduk
Fasa 3 : Asrama Pelajar
Fasa 4 : Kelas Pengajian
Fasa 5 : Fasiliti luar dan Jalan


Masjid Al-Abidin, sebuah tempat ibadah yang bukan sahaja menjadi pusat rohani, tetapi juga pusat kegiatan sosial dan pendidikan untuk masyarakat. Masjid Al-Abidin bertekad untuk menjadi lebih daripada sekadar tempat solat, tetapi sebagai pusat pemerkasaan umat Islam dengan pelbagai kemudahan moden dan mesra jemaah.

Dengan sokongan anda, kami dapat merealisasikan pelbagai program dan kemudahan seperti:

  • Ruang Solat yang Lebih Luas dan Selesa: Menampung lebih ramai jemaah dalam suasana yang kondusif.
  • Kelas Pendidikan dan Latihan: Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat, daripada pendidikan kanak-kanak hingga program ilmuwan untuk orang dewasa.
  • Program Sosial dan Bantuan: Memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan, termasuk bantuan untuk anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan.


Kami dengan rendah hati memohon kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada anda semua. Marilah kita berganding bahu dalam usaha yang penuh barakah ini. Bersama-sama, kita boleh merealisasikan impian untuk membina Masjid Al-Abidin yang bakal menjadi lambang keutuhan dan kekuatan komuniti Islam kita.

“Belum pernah ada orang jadi miskin kerana sedekah. Sebaliknya, boleh jadi sedekah itulah asbab Allah murahkan lagi rezeki kita."


Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan niat baik kita.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
RM2500 - Pembinaan Dewan Solat, Mihrab, Mimbar, Dewan Kuliah, Laman Ilmu, Bilik Pengurusan Jenazah, Bilik Wudu', Parking
RM1000 - Pembinaan Laman Ilmu, Bilik Pengurusan Jenazah, Bilik Wudu', Parking Lot
RM500 - Pembinaan Bilik Wudu', Parking Lot
Sedekah Pembangunan Masjid - RM100
Sedekah Pembangunan Masjid - RM50
Sedekah Pembangunan Masjid - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN